Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban

Kaifiat Membaca Yasin Malam Nisfu Syaaban.

1. Waktunya selepas solat Maghrib, selesai berzikir dan solat sunat.
2. Membaca 3 kali surah Yasin memohon :
a. Mohon Allah lanjutkan usia dalam kebajikan.
b. Mohon Allah tetapkan iman dan mati dalamnya.
c. Mohon Allah murahkan rezeki yang halal.
3. Membaca doa setiap kali selesai membaca Yasin.

Malam nisfu Syaaban amat banyak kelebihannya, sesuailah dengan makna syaaban itu sendiri iaitu bertaburan atau berselerakan mana memberi erti bahawa banyaknya ganjaran kebaikan menanti hamba-hamba Allah yang membuat kebajikan dan amalan yang soleh terutama pada malam nisfu syaaban.

Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan beberapa kelebihan syaaban dan malam nisfu syaaban itu sendiri antaranya hadis yang diriwayatkan oleh ibnu majah :

قَالَ: "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا"
Apabila datangnya pertengahan bulan syaaban maka bangunlah iaitu dengan melakukan ibadah pada malamnya dan berpuasalah pada siangnya. Ada yang berpendapat hadis ini Dhoif seterusnya mereka menyanggah orang yang menyambutnya dan menghukumkan orang yang menyambut malam nisfu syaaban itu sebagai amalan bidaah buruk.

Amat sedih dengan sanggahan seperti ini, kerana hukum ini tidak tidak dilihat dari sudut yang lurus. Kita perlu kepada pemerhatian dan tahu bagaimana menggunakan hadis dalam masalah amal soleh ini dengan lebih tepat dan kaedah yang betul. Sekiranya hadis itu menunjukkan kepada gesaan melakukan amalan-amalan yang soleh atau baik maka para ulama hadis meletakkan hadis itu boleh digunakan dan martabat boleh naik ke kedudukan lebih baik sekiranya terdapat hadis lain yang menyokong dan menunjukan kelebihan yang sama. Antaranya ibnu hibban yang meriwayatkan hadis kelebihan nisfu syaaban dan meletakkannya sebagai hadis sohih iaitu :

"يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلاَّ لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ"

Allah akan melihat dari hambanya pada malam nisfu syaaban iaitu mereka yang melakukan amal ibadah padanya maka akan diampunkan dosa-dosa bagi sekelian hambanya kecuali dosa syirik dan hasad dengki. Hadis ini juga diriwayatkan oleh at-Thobarani dan al-Baihaqi.

Perlu di ingat bahawa amalan bacaan yasin sebanyak 3 kali pada malam nisfu syaaban juga merupakan ibadah dan suatu amalan yang mendekatkan diri kepada Allah, maka tidak timbul soal ketetapan bacaan surah yasin 3 kali, kerana membanyakkan bacaan itu memberi erti membanyakkan amalan dan juga bersungguh dalam memohon kepada Allah akan keampunan.

Apatah lagi apabila setiap kali selesai membaca yasin kita akan berdoa, perbuatan ini juga tidak salah amalh dianggap amat baik kerana tidak salah seorang hamba memohon sesuatu kepada penciptanya. Malah imam Syafiee sendiri pernah berkata:

إِنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ فِي لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ الأَضْحَى، وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مَنْ رَجَب، وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

Sesungguhnya diantara doa yang mustajab adalah dalam 5 malam iaitu malam jumaat, malam raya aidul adha, malam raya aidul fitri, malam pertama bulan rejab dan malam nisfu syaaban.

0 comments:

Post a Comment