Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Sunday, February 22, 2009

DOA HAJAT YANG MUSTAJAB

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur alhamdulillah usrah kali kedua telah berjalan dengan lancar, beberapa topik telah kita sentuhkan antaranya berkaitan dengan doa hajat. Suka disini saya sebutkan sekali lagi hadis berkaitan doa dan solat hajat semoga kita mendapat faedah daripadanya.

Dalam sebuah hadis diceritakan bahawa seorang lelaki telah berulang alik (ada hajat) kepada Usman bin bin Affan tetapi Usman bin Affan tidak mengendahkan serta tidak menunaikan hajatnya. Maka lelaki ini telah pergi kepada Usman bin Hunaif dan mengadu hal tersebut. Lalu Usman bin Hunaif telah mengajarkan kepada beliau: “Pergilah kamu ke tempat wuduk dan ambillah wuduk dan dirikanlah solat dua rakaat (solat hajat). Kemudian hendaklah kamu berdoa kepada Allah dengan doa ini:

"اللهم إني أسألكَ وأتوجَّهُ إليك بنبيّكَ محمَّدٍ نبيّ الرّحمةِ يا محمَّدُ إنّي أتوجَّهُ بكَ إلى ربّي في حاجتي (ويسمّي حاجته) لِتُقضَى لي".

‘Ya Allah sesungguhnya aku mengadapkan diri aku (tawajjuh) kepada-Mu dengan kedudukan yang ada pada nabi-Mu Muhammad, nabi yang membawa rahmat. Wahai Muhammad sesungguhnya aku bertawajjuh dengan engkau kepada tuhanku dalam hajatku ini (sebutkan hajat kita) semoga Engkau tunaikan hajat ku’.

Kemudian pergilah kamu, aku akan pergi bersama kamu”.

Maka lelaki tadi telah pergi dan melakukan apa yang telah di ajarkan oleh Usman bin Hunaif kepada beliau, apabila selesai dia pun pergi kepada Usman bin Affan untuk sampaikan hajatnya. Sampai sahaja di sana beliau telah disambut oleh pengawal dan membawanya masuk berjumpa dengan Usman bin Affan. Usman bin Affan telah meminta lelaki itu duduk di atas hamparan yang disediakan olehnya dan bertanyakan kepada lelaki itu. ‘Apakah hajat kamu? Lalu lelaki tadi menyatakan hajatnya kepada Usman bin Affan dan beliau pun menunaikan hajat lelaki tersebut. Usman bin Affan berkata ‘aku tidak mengingati hajat kamu melainkan pada ketika ini’. Kemudian lelaki ini telah keluar dari rumah Usman bin Affan dan pergi berjumpa dengan Usman bin Hunaif dan berkata kepadanya: ‘semoga Allah membalas kebaikan kepada kamu, sesungguhnya Usman bin Affan tak memandang kepada hajatku sehinggalah engkau memberitahunya mengenaiku’.

Usman bin Hunaif berkata: ‘Demi Allah, aku langsung tidak memberitahunya tetapi aku telah menyaksikan bahawa telah datang seorang lelaki buka kepada Rasulullah dan mengadu kepada baginda tentang kehilangan penglihatannya. Maka Rasulullah berkata kepadanya : ‘Jika engkau dapat bersabar maka bersabarlah, dan jika engkau hendak, aku akan mendoakannya untuk engkau’. Dia berkata: ‘Wahai Rasulullah! kehilangan penglihatanku telah menyukarkan aku kerana tidak ada orang yang memandukan aku’.

Lalu Rasulullah berkata kepada lelaki buta itu: ‘Pergilah ke tempat wuduk dan ambillah wuduk, dirikanlah solat dua rakaat (solat hajat) dan berdoalah dengan doa (seperti yang dinyatakan diatas). Maka lelaki buta itu melakukan seperti yang diperintahkan, demi Allah sebelum sempat kami berpisah dan belum pun majlis kami bermula lelaki buta tadi telah masuk semula kepada kami dalam keadaan boleh melihat (penglihatannya telah pulih) seolah-olah dia tidak pernah ditimpa penyakit tersebut.

Hadis panjang ini diriwayatkan oleh Imam at-Thabarani dalam Mu’jamnya.

Martabat Hadis: Sohih

Catatan:
Berdoa dengan cara bertawassul adalah harus dan tidak menyalahi dasar akidah bahkan amalan seperti ini disukai oleh Rasulullah.

والله تعالى أعلم وأحكم

Abu Nizar

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,itu masa rasullulah hidup dibenarkan lah bertawassul dengan dia sebab dia nabi...Lagipun rasulullah pun pernah meminta Umar al-khattab mendoakan dia ketika umar akan ke umrah...Tapi bertawassul dengan manusia yang telah meninggal tu boleh menjerumuskan kepada syirik...Yang paling baik bertawassul lah dengan nama nama Allah yang maha mulia atau sifat sifat Allah yang maha mulia,amal sholeh sendiri jika ada atau meminta orang orang sholeh yang masih hidup untuk mendoakan kita..itu lah akidah ahlussunnah wal jamaah sejati...

Anonymous said...

Anonymous January 1, 2011 11:07 AM:
Bacalah dengan teliti, riwayat tersebut dilakukan oleh sahabat buta semasa rasulullah (masih hidup) dan diamalkan oleh seseorang lelaki atas anjuran Ustman bin Hunaif semasa khalifah Ustman bin Affan, ini terjadi semasa rasululah sudah sudah wafat.

Marilah saling menghargai pendapat orang lain, walaupun tidak sesuai dengan pendapat sendiri.

Post a Comment