Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Wednesday, February 11, 2009

TALAQQI SUNNAH RASULULLAH

Assalamualaikum rakan usrah semua.

Sudah masuk tahun kedua usrah ini terus mendapat tempat di hati kita semua, dengan sedikit ilmu yang disampaikan secara bertalaqqi ia telah mengembangkan sedikit ilmu pengetahuan rakan-rakan usrah, maka amat diharapkan rakan-rakan yang lain belum mengambil bahagian dapat ikut serta pada sesi akan datang, semoga kita bersama mendapat keredaan-Nya.

Bertalaqqi adalah sunnah nabi yang sudah sekian lama diamalkan sehingga kini. Sudah menjadi kesepakatan para ulama salaf dan khalaf ilmu agama yang diperolehi adalah daripada belajar secara terus dari guru-guru mereka dengan perkataan yang lain, ilmu mereka diambil secara bertalaqqi daripada guru yang alim dan tsiqah. Guru-guru mereka juga melakukan demikian, begitulah seterusnya sehingga sampai kepada sahabat-sahabat nabi yang diambil daripada Rasulullah.

Rangkaian ilmu ini dinamakan ‘sanad’. Dengan sanad ilmu agama yang suci diperolehi dan terhindar dari fahaman dan fakta-fakta yang tidak tepat serta menyeleweng dari ajaran islam yang sebenar . Begitulan amalan guru-guru pondok kita yang mereka dahulunya sering duduk bersila di depan para ulama untuk bertalaqqi atau mendengar ilmu yang disampaikan.

Keharuman dan kesegaran ilmu dapat dirasai orang yang yang mengambilnya secara bersanad. Hal ini dapat difahami daripada sabda Rasulullah:

من يرد الله به خيرا يفقه في الدين، إنما العلم بالتعلم والفقه بالتفقه". رواه الطبراني"

Maksudnya: “Sesiapa yang Allah kehendaki baginya suatu kebaikan, maka Allah akan memberi kefahaman agama kepadanya, sesungguhnya ilmu itu diperolehi dengan belajar (bertalaqqi) dan feqah itu dengan belajar secara tafaqquh”. Hadis riwayah at-Tabrani.

Imam Al-Hafiz Abu Bakar Al-Khatib Al-Baghdadi berkata dalam kitab al-Faqih wal Mutafaqqih:

"لا يؤخذ العلم إلا من أفواه العلماء"
Maksudnya: "Jangan sekali diambil ilmu agama melainkan dari mulut ulama iaitu dengan secara bertalaqqi".

Imam An-Nawawi pernah berkata dalam kitabnya al-Majmuk: “jangan sekali kamu mengambil ilmu agama dari golongan yang membaca buku tanpa bertadah (menghadap) kepada syeikh (guru) dan sesiapa yang mengambil ilmunya dari buku akan terjatuh kepada kesalahan, penipuan dan jauh dari kebenaran".

Sekian untuk kali ini.
Abu Nizar.
والله أعلم وأحكم

9 comments:

khotib1979 said...

assalamualaikum.
boleh tolong komen blog ini x?
rasa mcm ada masalah.
http://kittun.blogspot.com/

mus said...

وعليكم السلام ورحمة الله

Saya dah buka blog tu, tapi banyak artikel dalam BI. Saya juga tak pasti soalan tu hendakan saya komen bahagian mana. Jika sekiranya bab anjing maka dalam mazhab kita(Syafiie) ianya termasuk dalam najis muqallazah kecuali mazhab maliki mereka lebih permudahkan bab anjing.

والله أعلم وأحكم
Abu Nizar

Anonymous said...

Salam,

Memang benar bertalaqqi lebih berkat ilmunya dibandingkan membaca atau mendengar audio2 kuliah.tetapi hidayah Allah azza wa jalla datang dalam pelbagai bentuk n cara tanpa kita dapat fikirkan.Namun zaman semakin hari semakin maju kita boleh mendapat maklumat yang benar atau salah hanya denga menekan butang di keyboard kita..Walaupun kita bertalaqqi tapi kalau bertalaqqi denga seorang shekih atau guru yang taksub atau buruk akhlaknya dalam menyampaikan agama Allah apalah gunanya lebih lebih lagi dengan seorang yang suka mengkafirkan sesiapa yang tidak sefahaman dengan nya atau dengan kata ringkas dan lebih tuntas golongan Ahbash yang semakin menjadi-jadi dengan dakyahnya di Malaysia ini...Saksikan cerita dari pengikut taksub ahbasy terbaru yang mengatakan yang Sheikhul fittan Abdullah Al-Harari boleh terbang di link ini

http://ahbash-jahil.blogspot.com/2009/06/harari-boleh-terbang.html

Anonymous said...

blog ini ok juga cuma dengar-dengar ada orang didalam blog ini adalah dari kumpulan ahbasy sesat dari lubnan.wallahu a'lam.

Anonymous said...

alangkah jahilnya , para pengikut ahbash ,sampai mengatakan syeikh mereka pandai terbang , kalau benar-benar hebat kenapa syeikh mereka tidak dapat menghalang kematian .

Anonymous said...

ASSALAMU ALAIKUM , MEMANG BELAJAR SECARA TALAQQI BAIK DAN BAGUS , MEMAHAMI PERKATAAN TALAQQI SEKARANG TAK SEPERTI PENGERTIAN DAHULU LAGI , DIMANA TALAQQI DAHULU BERHADAPAN TERUS DENGAN GURU DALAM SATU MAJLIS TAKLIM , DAN DITEMPAT YANG SAMA .TETAPI PERKATAAN TALAQQI DALAM KONTEKS SEKARANG DAPAT DILAKUKAN DENGAN GURU MELALUI TELEVISYEN DAN INTERNET SERTA VIDEO KONFERENSI SECARA LANGSUNG WALAUPUN PENUNTUT DAN PENGAJAR BERADA DITEMPAT YANG BERLAINAN DAN BERJAUHAN.MEREKA DAPAT BERINTERAKSI DENGAN MUDAH SAMA SEPERTI TALAQQI ZAMAN DAHULU,MAKA NYA SAYA BERPENDAPAT FADHILATNYA SAMA ,MALAH LEBIH LUAS SKOP ILMU YANG DIPEROLEHI.

TENTANG MAULIDURASUL S.A.W. SAYA ADA TERBACA DALAM SIRAH RASULULLAH SEMASA BAGINDA LAHIR KEDUNIA DIANTARA ORANG YANG GEMBIRA MENYAMBUT KELAHIRAN BAGINDA NABI S.A.W. IALAH BAPA SAUDARANYA IAITU ABU JAHAL.SEHINGGA BELIAU SANGGUP MENYEMBELIH BEBERAPA EKOR UNTA DAN KAMBING SEMPENA KELAHIRAN BAGINDA S.A.W.RUPANYA BUDAYA MENYAMBUT HARI LAHIR YANG DIKENALI SEKARANG DENGAN MAULIDURASUL ADALAH BUDAYA YANG DIPELOPORI OLEH ABU JAHAL LAKNATULLAHI ALAI.BAGAIMANA PULA ORANG-ORANG YANG SUKA MENYAMBUT HARI LAHIR TERSEBUT SEDAH TENTU SEOLAH MEREKA MENGEMBANGKAN KEMBALI FAHAMAN/BUDAYA ABU LAHAB TIDAK SECARA LANGSUNG.KONONNYA SEBAGAI MENGENANG JASA DAN PERJUANGAN NABI, SEDANGKAN ISLAM SUDAH TENTUKAN BAGAIMANA SEHARUSNYA CARA KITA MENGENANG JASA DAN PENGORBANAN NABI S.A.W.

MENGENANG JASA DAN PENGORBANAN NABI IALAH DENGAN MENGIKUT SEGALA SUNNAH BAGINDA JAUHKAN SEGALA KHURAFAT DAN BID'AH DALAM AGAMA , WALAUPUN MANUSIA MENGANGGAP PERKARA TERSEBUT BAIK , TETAPI PENILAIAN BAIK BAGI FIKIRAN MANUSIA TAK SAMA DENGAN APA YANG DINILAI BAIK OLEH AGAMA BERSUMBERKAN WAHYU.KEBAIKAN YANG DIFIKIR MANUSIA BELUM TENTU BAIK BAGI AGAMA .ADA SATU KATA-KATA HIKMAH KONONNYA APA YANG DIKATA BAIK OLEH UMAT ISLAM ADALAH BAIK, SETAHU INI BUKAN HADITS NABI MALAH IA HANYALAH KATA-KATA HIKMAH,KATA - KATA HIKMAH BOLEH DIAMBIL SEKIRANYA BERTEPATAN DENGAN AGAMA YANG BERSUMBERKAN WAHYU (ISLAM).SEKIRANYA TIDAK MENEPATI AGAMA MAKA KATA-KATA HIMAH TIDAK PERLU DIAMBIL , KERANA NABI BERSABDA "KATA-KATA YANG TERBAIK ITU ADALAH ALQURAN , SESUNGGUHNYA PETUNJUK YANG TERBAIK ADALAH PETUNJUK YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W.

SEKIAN JUMPA LAGI WASSALAM.

Anonymous said...

Saya amat sokong apa yg sdr tuliskan , tapi masyarakat kita kan masih lgi menebal fahaman mereka menganggap sambutan maulid itu adalah bahgian dari ajaran Islam,yang kononya telah mereka warisi sejak bebebrapa dekat .bukan mudah untuk mereka meninggalkan budaya tesebut begitu sahaja , tambahan lagi orang-orang agama dikalangan para uztaz dan pengamal tariqat dan sebagainya ,mereka ini yang seolah menjadi penggalak supaya masyarakat melakukannya beterusan dan mereka mewar-warkan bahawa sambutan tersebut adalah bahgian dari agama dan mendapat pahala apabila meraikannya,dengan menggunakan nama-nama para ulama terdahulu.

Di negara kita misalnya telah menjadikan 12 rabiul awal sebagai cuti rasmi negara .

semua perkara tersebut menjadi bukti bahawa sambutan maulid itu adalah dari ajaaran agama , masyarakat awam tak kesah samada ada bukti dari alquran dan asunnah atau tidak,yang penting bagi mereka para ustaz melakukannya maka itulah agama.

Anonymous said...

ASALAMUALAIKUM , BAGI KEBANYAKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA ANJING MEREKA ANGGAP SEBAGAI NAJIS MUGHALLAZAH SAMA DENGAN BABI , TETAPI KALAU KITA LIHAT DALAM ALQURAN SURAH ALMAIDAH AYAT 4 ALLAH S.W.T. MEMBERITAHU BAHAWA ANJING BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBURU , DAN BURUAN YANG DITERKAMNYA BOLEH DIMAKAN , DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH KETIKA MELEPASKAN BINATANG PEMBURU TERSEBUT.
ADAPUN BABI (KHINZIR) ALLAH MEMANG MENGHARAMKAN UMAT ISLAM MEMAKAN DAGINGNYA , TETAPI BAGAIMANA PULA MEMANFAATKAN KULITNYA UNTUK DIGUNAKAN PERHIASAN , BULUNYA UNTUK DIGUNAKAN SEBAGAI BERUS DAN SEBAGAINYA , APAKAH HARAM JUGA , KALAU HARAM BOLEH TAK BERI NAS PENGHARAMANNYA , APAKAH MENYENTUH BABI PERLU MENCUCI TANGAN DENGAN AIR BERCAMPUR TANAH JUGA , KALAU IA , MANA NASNYA , SAYA HARAP SESIAPA DAPAT MENJAWAB PERSOALAN INI.
SEKIAN TRM KSIH.

Anonymous said...

assalamualaikum wbt..alhmdllh...smua persoalan tuan2 sgtlah baik tetapi persoalan yg trbaik sekali yg wajib kt kena tau dulu adlh "makrifatullah".kerana apa perlu kt tau dulu makrifatullah???tak lain tak bukan sebab segala amal ibadat kita tuju kepadaNya.jadi kalau kita tak makrifatullah mcm mana amal kita betul2 tuju padaNya...sbb itulah ulamak dulu2 bg tau "awaluddin makrifatullah"(awai2 agama kenal akan Allah)..persoalan dlm kuboq yg pertama2 skl pun malaikat akn tanya Maa Rabbuka?,adakah setakat kita banyak beramal persoalan itu akan terjawab???tetapi kalau kita Makrifat akan Allah insyallah soalan2 lain akan mdh kita jawab..Tetapi sggh malang pd masa ini kita tak ambil berat ilmu makrifatullah ini...Ilmu inilah akar segala ilmu ibarat kalau pokok tiada akar maka mudahlah ia tumbang..fikir2lah tuan2 sebelum diri dimatikanNya...Sabda Nabi SAW "Sahabat bertanya kpd Rasul SAW,"Amal apakah terlebih pahalanya ya Rasulullah?makrifatullah jwb Rasulullah. Bertanya lagi sahabat kpd Rasul SAW. Amal apakah yang paling besar pahalanya ya Rulullah,jawab baginda Makrifatullah.Sahabat membangkang,kami bartanya tentang amal mengapa baginda jawab ilmu...Rasul pun bersabda "Byk beramal tanpa mengenal Allah sedikit pahalanya tetapi sedikit beramal dgn mengenal Allah terlebih pahalanya"...(boleh rujuk dalam Kitab Sirus Salikin Jilid Pertama)

Post a Comment