Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Tuesday, February 10, 2009

Perjumpaan Pertama

Alhamdulilah..
Pembuka tirai Usrah Zon Piasau sesi 2009 telah berjaya diadakan. Perjumpaan pertama pada 12 Safar 1430 bersamaan 8 Februari 2009 ini telah diadakan di rumah Ustaz Nuri Qalbi selepas solat Asar. Penulis mewakili sahabat-sahabat lain mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah Ustaz Nuri di atas juadah yang disediakan sempena memasuki rumah baru beliau. Penulis bersetuju dengan ucapan pengerusi usrah zon piasau yang menyatakan bahawa usrah yang diadakan ini bukan bertujuan perjumpaan semata-mata, banyak faedah yang diperoleh di samping mengenali sesama sendiri, sahabat-sahabat usrah juga boleh memaklumkan sekiranya mempunyai masalah. Dengan adanya usrah sebegini, insyaAllah rakan-rakan usrah yang berkemampuan dapat membantu. Setidak-tidaknya dapat meringankan beban. Di kesempatan ini penulis ingin memaklumkan kepada sahabat usrah semua bahawa penulis akan menyediakan satu ruangan mengenai PERMASALAHAN HUKUM. Sekiranya sahabat-sahabat mempunyai kemusykilan agama berhubung dengan hukum-hakam, boleh la diajukan soalan dalam ruangan yang akan disediakan. Untuk makluman sahabat usrah juga, ruangan yang penulis maksudkan ini akan di kawal selia oleh Ustaz Abu Nizar. Segala soalan yang di postkan dalam ruangan ini akan dijawab terus oleh beliau. Penulis menamakan ruangan ini BERSAMA USTAZ ABU NIZAR. diharapkan sahabat-sahabat dapat mengikuti segala apa yang ditulis oleh ustaz kita. semoga kita mendapat barakah dari Allah.

2 comments:

wan said...

tahniah coz berjaya buat perubahan.Usrah ini menjadi aktiviti pemuafakatan geng2 semenjung yg mana telah terhenti setelah us ajib Jakim pindah.Sememangnya sudah ada hasrat utk aktiviti seumpama ini dahulu tapi tiada yg mahu jadi sifunya.apa2 pun tahniah.
salam dari bekas us sk south.

Abu Nizar said...

Syukran atas sokongan anda, semoga amalan diterima sebagai ibadah kepada-Nya. Amin.

Post a Comment