Soalan:
Mengapa kadang2 ada segelintir orang menggoyangkan jari ketika membaca selawat pada bacaan tahiyyat akhir pada satu-satu solat? Adakah dalil atau mazhab yang boleh menerangkannya?
Jawapan:
Soalan ini akan dijawab berdasarkan hadis yang dipegang mazhab Imam Syafiee.
Hadis 1: Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Zubair: Bahawasanya dia menyebut bahawa Rasulullah menunjukkan dengan jari telunjuknya ketika tahiyat, dan dia tidak menggerakkannya. – Sanad hadis ini Sahih.
Hadis 2: Diriwayatkan juga dari Abu Daud dan Nasaie dari Malik bin Namir al_Qazaie dari bapanya berkata: Aku melihat Rasulullah meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya, mengangkat jari telunjuknya dan mencondongkan(telunjuknya) ke bawah sedikit.
Imam Nawawi berkata dalam kitabnya Majmuk ada beberapa pendapat tentang menggerakkan jari telunjuk :
Pertama : Pendapat yang banyak dipegang oleh jumhur (kebanyakkan) ulama. Adalah tidak menggerakkannya, sekiranya dia menggerakkannya juga menjadi makruh tidak membatalkan solatnya. – Ini adalah pendapat yang paling sahih.
Kedua : Haram menggerakkannya, sekiranya dia menggerakkannya juga akan membatalkan solatnya. – Ini adalah pendapat yang dhoif (lemah).
Ketiga : Digalakkan menggerakkannya. – Ini adalah pendapat segelintir dari mazhab. Mereka berpegang pada hadis wail bin hajar : Bahawasanya dia melihat Rasulullah dalam tahiyyat mengangkat jari telunjuknya dan menggerakkan. Imam al-Baihaqi menghuraikan lebih lanjut tentang hadis ini dengan berkata maksud ’mengerakkannya’ dalam hadis itu ialah mengangkat sekali sahaja tanpa menggerakkannya. Pendapat al-Baihaqi adalah selari dengan hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Zubair.
Dalam kitab Tuhfatul Ahwazi karya Mubarak Furi ada menyebut hadis Abdullah bin Zubiar adalah lebih jelas dan nyata tidak menggerakkan/menggoyangkan jari ketika tahiyyat berdasarkan kepada isnadnya yang sahih. Hadis Abdullah bin Zubair juga diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya.
Kesimpulan:
Pegangan kita adalah yang pertama iaitu pendapat jumhur ulama mengangkat jari telunjuk ketika tahiyyat dan mencondongkannya sedikit ke bawah tanpa menggerak atau menggoyangkannya.
Abu Nizar.
والله تعالى أَعلم وأَحكم
Sunday, June 28, 2009
IRSYAD HUKUM 2
Labels:
Irsyad Hukum
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
5 comments:
salam saudara... trimas dengan informasi ini... maknenye the besway too follow ialah cuma angkat sekali dan tak perlu menggerakkan/mengoyangkan atas bawah lah ye...
Tepat sekali, hanya angkat sekali dengan keadaan jari telunjuk (dalam bahasa arab disebut 'sabbabah') condong ke bawah.
Tetapi yang diamalkan di Malaysia yang kononnya bermazhab Imam Syafiee , mereka mengangkat telunjuk ketika ucapan il-llalah , setelah di cari sumbernya ternyata itu hanya pendapat yang dhaif tanpa ada sandaran dari mana-mana hadiths Nabi s.a.w.samada dhaif apa lagi sahih.
Menggerak-gerakan jari , sekurang-kurangnya ada dalil yang sahih , cuma para ulama sahaja yang berselisih pendapat.Menggerak sekali atau berkali-kali tidak ada masalah kerana ia tidak membatalkan shalat. adapun yang mengtata makruh itu adalah hanya pendapat ulama sahaja, selama Nabi s.a.w. tidak berkata demikian , maka tidak wajib kita mengikut kata-kata mereka .kerana kata - kata yang paling baik ialah alQuran dan contoh yang paling unggul adalah Sunnah Nabi.Kata-kata ul;ama dihormati dan menjadi contoh selama ianya selari dengan alQuran dan Hadiths tetapi sekiranya tidak selari dng hadith maka tidak perlu di ikut kerana mereak tidak ma'shum seperti Nabi Muhammad s.a.w.
wallahua'lam.
Assalamualikum ,
Sekarang kita berada dibulan muharram 1431H , memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Muharram mempunyai keistimewaannya , berdasarkan hadiths-hadiths shahih daripada nabi s.a.w.dimana kita dianjurkan untuk berpuasa pada hari 'asyura sebagai perintah yang sunnat.
Beruntung lah bagi orang yang menyahut seruan untuk berpuasa itu , disamping sebagai mencontohi Nabi juga kita dijanjikan pahala yang amat besar, sememangnya kita diwajibkan untuk mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua upacara ibadat yang kita lakukan , kerana Baginda s.a.w. adalah Nabi dan Rasul yang diutus oleh Allah s.w.t.untuk membawa umat manusia beriman kepada agama yang dibawa baginda s.a.w.begitu juga kita dimestikan mencontohi baginda dalam merealisasikan ibadat seperti shalat , puasa , zakat , haji dan lain-lain lagi samada ibadat fardhu atau sunnat.Ini sebagai menifestasi pengakuan taat dan cinta sayang kita kepada Allah s.w.t. dan Rasul s.a.w.
Memang ramai yang mendakwa cinta dan sayang kepada Allah .s.w.t. dan Nabi s.a.w.tetapi mereka tidak dapat membuktikannya, seperti agama syiah misalnya , mereka mendakwa mencintai Nabi dan ahlulbait Nabi s.a.w.dimana mereka ini setiap kali datangnya bulan muharram mereka menyambut secara besar-besaran upacara tersebut dengan melaungkan slogan cinta kan Hussain (cucu Nabi s.a.w)mereka sanggup melukakn diri mereka sendiri semata-mata ingin me3nunjukkan betapa mereka cinta dan sayang kepada cucu Nabi s.a.w. tersebut,saya menonton Tv parabola channel almanar dipancar siarannya secara langsung dari lubnan , memaparkan bagaimana mereka menyambut hari asyura samada penganut agama syiah dari lubnan sendiri, Iran , Pakistan , Turki dan utara Arab Saudi.Mereka memukul-mukul diri mereka dengan besi dan menusuk-nusuk pisau dikepala mereka , samada kanak-kanak kecil atau dewasa, kononnya mereka simpati dengan pembunuhan Husain cucu Nabi s.a.w.dengan melaungkan kata-kata cinta kan Husain dan sanggup mati demi beliau.
Saya teringat dengan sabda Nabi s.a.w.
''Bukanlah daripada golongan kami, orang yang menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik seperti mana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah'' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam sabda ini jelas , Rasulullah tidak mengaku umatnya orang melakukan perlakuan sedemikian hanya kerana kesedihan kerana kematian , ditimpa musibah dan sebgainya.Kita umat Islam disuruh bersabar dan reda apa saja musibah menimpa kita samada kematian dan lainnya,kita tidak dilarang untuk menangis tetapi tangisan yang tidak membawa kepada penegertian meratap dan seolah tidak redha dengan musibah yang ditimpa oleh Allah s.w.t.sebagai ujian kepada manusia.
Maka dakwaan agama syiah bahawa mereka cinta dan sayang dengan ahlul bait adalah dakwaan palsu dan bohong ,Cucu Nabi Husain berlepas diri dari perbuatan mereka yang meniru-niru orang jahiliah seperti dalan Hadiths diatas.
waspadalah selalu dengan dakwah agama syiah ini , kerana sayap mereka sudah mula di tebarkan di Malaysia , sama seperti kumpulan Ahbasy .Jangan mudah terpedaya dengan penampilan mereka seolah mereka peka dan taat beragama disamping pakaian-pakaian mereka seolah mereka orang alim dan syiekh-syeikh.Berwirid-wirid panjang-panjang , berzikir dan sebagainya .
sama-sama lah kita berwaspada selalu.
assalamualaikum,
Saya terbaca tulisan bertajuk "Mutiara Nasihat " disebelah kiri situs ini,mengatakan,seorang ulama ada mengatakan bahawa kehidupan dimuka bumi ini , adalan sebagai tanaman untuk akhirat.
Sepatutnya,tulisan ini dimulai dengan Firman Allah atau Sabda Nabi s.a.w.yang maknanya serupa dengan kata-kata ulama tadi.contoh sabda Nabi :
الدنيا مزرعة الآخرة
maksudnya : Dunia ini adalah tempat bertanam untuk akhirat.Kerana , kata-kata ulama mestilah bersandarkan firman dan sabda Allah dan Rasul , kalau tidak tiada nilainya disisi agama.
Semuga dapat mendahulukan firman Allah dan sabda Rasul terlebih dahulu sebelum membawa kata-kata ulama , barulah namanya kita cintakan Allah dan cintakan Rasul .
sekian ,
wassalam
helmi
Post a Comment