Amalan Zikir Harian Pagi dan Petang dari Hadis Rasulullah.
al-Hadis as-Syariff
Pengunjung Usrah [kiraan ini bermula 6 April 2009]
Mutiara Nasihat
Berkata seorang ulama menasihati anak muridnya "sesungguhnya Allah menjadikan kehidupan di muka bumi ini sebagai tempat tanaman untuk hari Akhirat, maka sesiapa yang bercucuk tanam padanya dengan tanaman yang boleh membawa kemanfaatan kepadanya pada hari Ahirat kelak dia akan mendapat faedah yang besar, iaitu yang dimaksudkan dengan bercucuk tanam di sini ialah dengan menunaikan kewajipan yang diwajibkan kepada setiap muslim dan meninggalkan perkara-perkara maksiat yang dilarang oleh syarak maka orang yang melakukan sebegini dia akan mendapat faedah yang besar dan kejayaan yang sebenar pada hari Akirat kelak.
Maka berpeganglah kamu pada hari-hari ini yang sedikit (kehidupan di dunia) untuk mendapat ganjaran yang besar pada hari yang panjang (hari Akhirat) sebagai simpanan kamu di masa hadapan iaitu dengan mempelajari ilmu yang di fardukan oleh Allah kepada kamu (fardu ain) daripada ilmu-ilmu agama bermula daripada ilmu iktikad (akidah) dan hukum-hakam (fekah) yang perlu di ketahui, kemudian beramal dengan apa yang dipelajari.
Bersungguh-sungguhlah kamu untuk mengisi waktu yang kosong, bersungguh-sungguhlah kamu di waktu usia yang muda ini untuk mengaut segala bekalan untuk hari kemudian (hari Akhirat) sebagai bekalan yang berguna kepada kamu disana, janganlah kamu membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak membawa faedah atau yang sia-sia dan lalai dengan kenikmatan dunia serta hati kamu berpaut dengan harta benda yang banyak didunia ini, sesungguhnya yang demikian itu adalah penghalang / sekatan kepada kamu untuk mendapatkan faedah yang besar di hari Akirat kelak."
Fakulti Usuluddin Universiti al-Azhar telah memperakui isi akidah ini setelah menyemaknya. Ini membuktikan pegangan Universiti al-Azhar asy-Syarif yang merupakan sebuah pusat rujukan ilmu dunia Islam sejak zaman berzaman. Inilah Akidah pegagangan ulama salaf dan khalaf, Jesteru itu, sewajarnya kita menjadikan akidah ini sebagai pegangan kita tanpa ragu dan mendalaminya melalui guru-guru Ahlussunnah Wal Jamaah.
Kitab asal dalam Bahasa Arab.
Kitab Menolak Hujah Wahabi
Kitab Ad-Durar Saniah - Hujah Menolak Fahaman Wahabi. Karangan Syeikh Zaini Dahlan - Tenaga Pengajar Masjidil Haram, kitab ini juga telah diperakukan oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor.
e-al Qamus
Kamus Melayu-Arab-Inggeris. Klik Gambar.
Rumi ke Jawi
Penukar Aksara Rumi ke Tulisan Jawi Secara Atas Talian. Klik Gambar
0 comments:
Post a Comment