Antara akidah ahlus sunnah ialah darah orang Islam itu tidak halal ditumpahkan tidak kira samada dia seorang yang baik mahupun jahat kecuali apabila dia melakukan perkara yang mewajibkan penumpahan darahnya.
Misalnya jika seorang yang membunuh orang lain tanpa hak, maka mengikut hukum Islam dia akan dihukum bunuh sebagai balasan kepada perbuatannya itu. Ketika ini barulah tidak haram membunuhnya.
Begitu juga dengan orang yang keluar daripada ketaatan khalifah maka khalifah boleh memerangi orang tersebut sebagaimana Saidina Ali memerangi Muawiyah yang tidak mahu tunduk di bawah ketaatannya.
Tetapi jika seorang muslim itu hanya berjudi, minum arak dan pergi ke disko atau ke kelab malam dan sebagainya, maka kita tidak boleh membunuhnya kerana perbuatan yang dilakukannya itu tidak membolehkan dia dibunuh.
Orang yang membunuh orang yang melakukan perbuatan tersebut sesungguhnya telah melakukan dosa besar kerana dia telah menumpahkan darah seorang Islam tanpa hak. Dosa membunuh adalah dosa yang kedua terbesar selepas kekufuran sepertimana yang dinyatakan oleh para ulama fekah.
Kenyataan ini bertepatan dengan kata-kata Imam Abu Ja'far At-Thohawi dalam akidah at-Thohawiyah yang bermaksud: "Kita tidak melihat pedang ke atas seorangpun umat Nabi Muhammad kecuali bagi sesiapa yang wajib ke atasnya pedang".
والله أعلم وأحكم
Abu Nizar
Saturday, May 9, 2009
TIDAK HALAL DARAH MUSLIM
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
4 comments:
salam..minta pendapat/komen/nasihat dan etc untuk isu kes anak drhaka/siapa brsalah/punca terjadinya sempena sambutan hari ibu nanti di blog saya...tq
Salam,
Bila pula Saidina Muawiyah ra menderhaka kepada saidina ali ra...Bukan dari sumber syiah ke sejarah yang enta ambil tu..pastikan betul2 sheikh..Siapa enta hendak mendakwa sahabat nabi saw...
Salam,
Hati2 terhadap dakyah golongan Ahbash yang sedang menular dimalaysia.Mereka mengaku bermazhab shafie tapi suka mengkafirkan golongan yang tidak sefahaman dengan mereka.Mereka membolehkan meminta berkat dari orang yang dah meningggal dari kalangan orang2 yang shaleh.Bukan kah ini cabang2 dari kesyirikan yang besar dalam agama...
http://www.eramuslim.com/berita/int/7c14134555-mesir-tangkap-puluhan-anggota-sekte-terlarang.htm
http://ahbash-deviated.blogspot.com/2009/05/mesir-tangkap-anggota-sesat.html
Post a Comment