Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Friday, May 22, 2009

Keagungan Mazhab Imam Syafiee



Rasulullah pernah bersabda:

"لا تَسُبُّوا قُرَيشاً فإنَّ عَالِمَهَا يَمْلأُ طِبَاقَ الأرضِ عِلماً"

Maksudnya: “Janganlah kamu mencela bangsa Quraisy, sesungguhnya akan lahir seorang yang alim dia akan memenuhi dataran bumi ini dengan ilmu”.

Makna hadis ini ialah akan lahir seorang yang alim dari bangsa Quraisy dan permukaan bumi ini akan dipenuhi dengan ilmunya. Ulama berpendapat bahawa hadis amat bertepatan dengan Imam as-Syafiee kerana dia adalah dari bangsa Quraisy dan Imam mazhab selainnya iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad bukanlah dari bangsa Quraisy. Ternyata mazhabnya tersebar amat luas hingga meliputi dari Negara Arab, Timur, Barat, Asia, Afrika dan Eropah.

Imam Muhammad bin Idris atau lebih mashur dengan panggilan as-Syafiee dilahirkan pada 150 Hijrah dan wafat pada 204 Hijrah pada usia 54 tahun. Imam Syafiee mempunyai suara yang merdu sehingga masyarakat pada zamannya yang ingin mendengar atau belajar bacaan al-Quran yang sahih yang boleh menyentuh jiwa dan perasaan mereka akan merujuk kepada Syafiee walaupun pada ketika itu usianya masih muda remaja.

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa Imam Syafiee pernah sampai ke Asia Tenggara semasa hayatnya. Namun demikian umat Islam di Asia Tenggara pada hari ini berpegang kuat dengan mazhab fekahnya yang dikenali dengan ‘mazhab Syafiee’. Ini merupakan hujah dah bukti yang kuat bahawa hadis di atas menunjukkan kepada keagungan mazhab Syafiee.

Seterusnya jika kita lihat dari segi hayatnya, Imam Syafiee tidak dikurniakan usia yang panjang. Berdasarkan kepada usianya tak mungkin dia dapat menyebarkan ilmunya ke serata dunia semasa hayatnya. Tetapi kebenaran sabda Rasulullah bahawa ilmunya akan akan memenuhi muka bumi, maka ilmu Imam Syafiee telah dikembangkan oleh oleh ulama-ulama yang mengikuti aliran fekah yang beliau asaskan dengan berdasarkan kitab induk beliau (al-UMM) sehingga mazhab beliau merupakan mazhab yang paling ramai pengikutnya di muka bumi pada masa sekarang.

Seorang ulama yang digelar ‘penghulu ahli hadis’ iaitu Imam Bukhari (Muhammad bin Ismail) pengarang kitab Sohih Bukhari adalah bermazhab Syafiee. Seorang lagi tokoh hadis yang agung digelar dengan ‘penutup ahli hadis’ al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani yang merupakan penulis kitab Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari turut bermazhab Syafiee.

Di medan Jihad pula siapa yang tak kenal dengan kehebatan Sultan Salahuddin al-Ayyubi yang telah membebaskan Palestin dari cengkaman tentera salib. Pemerintah dan panglima yang berpegang kuat dengan mazhab Imam Syafiee.

Keagungan Imam Syafiee dinukilkan dengan cermat dan amanah oleh Imam Tajuddin as-Subki dalam Tobaqat as-Syafieeyyah, siapa yang ingin mendapatkan lebih lagi kehebatan mazhab Syafiee bolehlah rujuk buku beliau.

والله أعلم وأحكم
Abu Nizar

7 comments:

Anonymous said...

Salam,

Bolehkah saudara menyatakan sanad untuk hadis yang diberikan di atas dan siapa yang meriwayatkannya? Juga taraf hadis ini adakah ianya sahih, hasan atau dhaif?

Saya juga berminat untuk mengetahui siapakah ulama' yang telah mentafsirkan hadith ini adalah berkenaan dengan Imam Shafi'e.

Saya harap permintaan ini tidak akan menyinggung saudara. Cuma saya lebih suka meneliti sumber sesuatu ilmu sebelum saya boleh menerimanya. Sebenarnya saya dah lama cari kesahihan hadis ini tapi belum menjumpainya. :)

Jazakallah.

- Asma

Anonymous said...

- ada perkara yang ditulis dalam fikh syafiee yang menyetakan sekiranya kemaluan lelaki terbelah dua,separuh dimasukkan kedlm faraj isteri 1 dan separuh dlm isteri dua maka si lelaki wajib mandi manakala tidak pada kedua-dua isterinya.. apa maksudnya ni...

Anonymous said...

Sepanjang yang saya tahu , kata-kata itu bukanlah hadith , tetapi kata-kata penyokonh alImam aSSyafie yang fanatik sehingga sanggup menisbatkan kata-kata itu adalah hadith. Begitu juga penyokong Imam abu Hanifah (Imam Hanafi)mereka ada mencipta kata-kata yang seakan kata-kata itu juga untuk memujikan mazhab mereka.

Sebenarnya , kita umat Islam tak perlulah nak memuja sesiapa , memadailah kita memuji orang yang dipuji oleh Allah s.w.t. iaitu tak lain tak bukan Muhammad Bin Abdullah Nabi dan Rasul utusan Allah yang Allah s.w.t.puji dalam alquran ( وإنك لعلي خلق عطيم) maksudnya "sesungguhnya engkau (Muhammad ) mempunyai budi pekerti yang unggul)dan banyak ayat-ayat lain lagi memuji Nabinya Muhammad s.a.w. dan al-Imam Assyafie sendiri pernah berpesan dalam kitabnya , sekiranya kamu dapati fatwa aku bertentangan dengan Hadith Nabi , maka tinggalkan fatwaku dan ambil Hadith Nabi.

Kata al Imam Syafie ini melarang kita ta'sub dengan fatwanya ,supaya kita lebih mengutamakan kata-kata Nabi s.a.w. berbanding sesiapapun orangnya .

Imam Syafie tak pernah menyuruh kita di Malaysia ini mengikut kata-katanya , dan beliau malah berkata : "tidak halal bagi sesiapa mengikut fatwaku , sekiranya mereka tidak tahu darimana aku mengambil fatwa tersebut" ertinya al-Imam Syafie enggan kita mengikut pendapatnya sekiranya kita tidak tahu darimana beliau mengambil fatwanya tersebut.

Tetapi malangnya , umat Islam mengikut fatwa beliau secara buta tanpa mengkaji dan menyelidiki apakah dalil yang digunakan oleh beliau benar-benar menepati firman Allahs.w.t. dan Sabda Nabi s.a.w.

wallahu a'lam.

Anonymous said...

SAYA PERNAH KE MESIR DAN MENZIARAH KUBUR IMAM ASSYAFIEE RAHIMAHULLAH , TERNYATA DISEKITAR KUBUR BELIAU DILAKUKAN BERBAGAI-BAGAI PERKARA BID'AH YANG DILAKUKAN OLEH PARA PENZIARAH , INI ADALAH AKIBAT DARIPADA BERBAGAI RIWAYAT PALSU DAN DHAIF TENTANG BELIAU .KIAT MEMANG MENGHORMATI BELIAU SEBAGAI SEORANG ULAMA YANG HEBAT ILMUNYA , TETAPI KEHORMATAN YANG KITA BERI SEKADAR SEBAGAI SEORANG ULAMA HEBAT TANPA DICAMPUR ADUKKAN DENGAN PERKARA BID'AH.

KERANA ALIMAM ASSYAFIE ADALAH ULAMA MUJTAHIDIN YANG PALING KUAT MELARANG DAN MEMBASMI PERKARA BID'AH,ANDAINYA BELIAU DAPAT HIDUP SEMULA MELIHAT APA YANG DILAKUKAN OLEH ORANG TERHADAP KUBURNYA , NESCAYA BELIAU AMAT MARAH SEKALI.

TAPI SAYANGNYA ULAMA MESIR KHUSUSNYA DARI ALAZHAR HANAYA MENJADI PENONTON SAHAJA , TIDAK BERANI MENCEGAH PERKARA BID'AH SAMA SEPERTI ULAMA DI NEGARA KITA.KALAU MAKSIAT PUN MEREKA TIDAK BERANI MENCEGAHNYA APA LAGI PERKARA BID'AH.

KALAU ADA SEGELINTIR ULAMA YANG MAHU MENCEGAH PERKARA BID'AH DAN MAKSIAT , MALANGNYA PARA ULAMA DAN PARA USTAZ YANG AWAL-AWAL LAGI MARAH DAN MENUDUH ORANG ITU SESAT.MENENTANG ARUS PERDANA LAH , TAKUT MENENTANG ARUS PERDANA TAPI TAK TAKUT MENENTANG ALQURAN DAN ALHADITHS.

MUNGKIN INILAH NAMANYA AKHIR ZAMAN.KITA SAMA-SAMA MENUNGGU MAHKAMAH ALLAH DIAKHIRAT KELAK ,SIAPA YANG DIPEHAK YANG BENAR DAN SALAH.


WASSALAM.

Anonymous said...

yang tau nak kritik hadis 2 dhaif atau pun tidak, sebenarnya saja cari alasan, kalau dahaif mulalh cakap, kita tak wajib ikut, alasanny sanad lemah. orang macam ni banyak tanya, cakap tapi amal wallahualam.Orang yang sibul pertikai imam Syafiee dan apa yang dibanyanya hadith, dia tak kenal lagi kealimannya, mungkin orang ynag cakap banyak itu memang lebih hebat dari imam as syafie, hari ini belajar senang2 sibuk pertikai ulama terdahulu.!!!

Laman Saujana said...

1701 - عالم قريش يملأ الأرض علما
رواه أحمد بصيغة التمريض ورواه الطيالسي في مسنده عن ابن مسعود مرفوعا بلفظ لا تسبوا قريشا فإن عالمها يملأ الأرض علما اللهم إنك أذقت أولها عذابا ووبالا فأذق آخرها نوالا . وفي سنده الجارود مجهول والراوي عنه مختلف فيه
لكن له شواهد : منها ما في تاريخ بغداد للخطيب عن أبي هريرة رفعه : اللهم اهد قريشا فإن عالمها يملأ طباق الأرض علما اللهم كما أذقتهم عذابا فأذقهم نوالا دعا بها ثلاث مرات . وفي سنده راو ضعيف
ورواه أيضا البيهقي في المدخل عن ابن عباس
ورواه الترمذي وقال حسن
والإمام أحمد بلفظ : اللهم اهد قريشا فإن علم العالم منهم يسع طباق الأرض . وهو منطبق كما قال أحمد وغيره على إمامنا الشافعي ويؤيده قوله في المدخل : إذا سئلت عن مسألة لا أعرف فيها خبرا أخذت فيها بقول الشافعي لأنه إمام عالم من قريش وروي عن النبي صلى الله عليه و سلم أنه قال : عالم قريش يملأ الأرض علما . انتهى
قال الحافظ العراقي : وليس بموضوع كما زعم الصغاني إذ كيف يذكر الإمام أحمد حديثا موضوعا يحتج به أو يستأنس به للأخذ في الأحكام بقول شيخه الإمام الشافعي . وإنما أورده بصيغة التمريض احتياطا للشك في ضعفه فإن إسناده لا يخلو عن ضعف
وقد جمع الحافظ ابن حجر طرقه في كتاب سماه لذة العيش في طرق حديث الأئمة من قريش وبه يعلم أنه حسن . وصرح بذلك الترمذي
ونقله النجم عن المدخل للبيهقي عند أحمد بلفظ " عالم قريش يطبق الأرض علما " . ثم قال : ورواه الحاكم والأبدي كلاهما في المناقب عن علي بلفظ : لا تؤموا قريشا وأتموا بها ولا تقدموا على قريش وقدموها ولا تعلموا قريشا وتعلموا منها فإن أمانة الأمين من قريش تعدل أمانة اثنين من غيرهم وإن علم عالم قريش يسع طباق الأرض " . وفي رواية الأبدي : " فإن علم عالم قريش مبسوط على الأرض "
ورواه القضاعي عن ابن عباس بلفظ : " اللهم اهد قريشا فإن علم العالم منهم يسع طباق الأرض اللهم أذقت أولها نكالا فأذق آخرها نوالا " ورجاله رجال الصحيح إلا إسماعيل بن مسلم ففيه مقال
قال البيهقي وابن حجر : طرق هذا الحديث إذا ضمت بعضها إلى أفادت قوة وعلم أن للحديث أصلا . انتهى

Anonymous said...

https://islamqa.info/ar/249450

والخلاصة :
أن هذا الحديث: ( لا تَسُبُّوا قُرَيْشًا؛ فَإِنَّ عَالِمهَا يَمْلأُ الأَرْضَ عِلْمًا ) حديث ضعيف جدا ، لا يصح عن النبي صلى الله عليه وسلم .
والله تعالى أعلم .

Post a Comment