Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Saturday, April 25, 2009

KESILAPAN YANG PERLU DIPERBETULKAN

Kesempatan kali ini kita akan berbicara tentang beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh orang Melayu beragama Islam yang berkaitan dengan perkara akidah.

Seringkali terjadi apabila mereka ditanya: Di manakah Allah? Mereka akan menjawab: Allah berada di mana-mana.

Jawapan ini adalah salah bahkan jika orang yang berkata demikian berkeyakinan bahawa Allah itu berada di mana-mana dengan maknanya yang sebenar (iaitu Allah tinggal di tempat tersebut) maka mereka boleh jatuh hukum riddah.

Jawapan yang paling tepat mengikut mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah ialah 'Allah wujud tanpa berhajat kepada tempat'. Allah yang menciptakan tempat maka adalah mustahil Dia berhajat kepada tempat untuk menjadi tempat tinggalnya.

Tapi sekiranya orang yang berkata Allah itu berada di mana-mana dengan maksud ilmu Allah itu di mana-mana, iaitu segala perbuatan makhluk tidak terlepas daripada pengetahuan-Nya maka di sini dia tidak jatuh kufur kerana dia tidak beriktikad bahawa Allah tinggal di tempat tersebut. Tetapi jawapan yang paling tepat sekali ialah dengan mengatakan Allah wujud tanpa bertempat sepertimana yang dinyatakan di atas tadi.

Suka saya nyatakan di sini bahawa umat Islam perlu berhati-hati daripada golongan yang mengatakan bahawa Allah itu tinggal di langit atau Allah itu duduk di atas Arash sepertimana seorang raja duduk di atas takhtanya. Sesiapa yang beriktikad sedemikian maka jatuh hukum riddah ke atasnya kerana dia telah menyamakan Allah dengan makhluk kerana makhluk berhajat kepada tempat.

Dan Allah telah berfirman:

ليس كمثله شئ وهو السميع البصير

Maksudnya: “Dia tidak menyerupai sesuatu pun dan Dia maha mendengar lagi maha melihat”. (As-Syura:11).

Allah yang menciptakan Arash dan langit, maka bagaimana pula Allah berhajat kepada makhluk ciptaan-Nya sendiri?

Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 97:

فإن الله غنيّ عن العالمين

Maksudnya: “maka sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk”.

Imam Ali berkata: Allah mencipta Arash sebagai membuktikan kekuasaan-Nya bukan mengambilnya sebagai tempat untuk diri-Nya.

Dan Abu Mansur Al-Baghdadi juga berkata: "Ahlus Sunnah telah berijmak (bersepakat) bahawa Allah itu tidak bertempat".

Oleh itu adalah amat penting bagi umat Islam menjaga kesucian akidah mereka daripada dipermainkan oleh golongan yang cuba menyesatkan mereka dengan cara yang halus. Semoga Allah selamatkan kita daripada tipu daya mereka. Amin!

Wallahu A’lam wa Ahkam.
Abu Nizar.

Nota: Arash adalah makhluk ciptaan Allah yang terbesar sekali. Arash terletak di atas langit yang ke tujuh. Ia menjadi bumbung kepada syurga.

6 comments:

Musa Mohamad said...

sepatutnya saudara meneliti hadis2 rasulullah telebih dahulu sebelum membuat kesimpulan tentang artikal " kewujudan Allah ", ana rasa hadis tentang nabi bertanya kepada seorang sahabat tentang di mana Allah 2 lebih jelas pendapat Ahlu sunnah dan satu lagi, lebih baik kalau sadara tidak berbingcang tentang di manakah Allah sebagaimana kata iman Malek lebih kurang : Allah bersemayang di atas arsy tanpa kita mengetahui keadaannya, beriman dengannya adalah wajib dan bertanya tentangnya adalah Bid`ah ".

suparjo@blogspot.com said...

(Ini sebagian tulisan Sahabat kita Abu Syuaib dari Jabatan Mufti Perlis)

Di dalam Kitabnya al-Ibanah an Usuli al-Diyanah halaman 14, Imam Abul Hassan sendiri menyatakan tentang Aqidahnya:
“Pendapat kami dan agama yang kami berpegang dengannya ialah berpegang teguh dengan kitab Tuhan kami dan Sunnah nabi kami a.s. dan apa yang diriwayatkan daripada sahabat-sahabat , tabi’in serta imam-imam hadith. Juga berpegang dengan apa yang dibawa oleh Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, mudah-mudahan Allah terangkan wajahnya dan mengangkat darjatnya serta memperbanyakkan pahalanya. (kerana pada waktu itu Imam Muhammad bin Hanbal terkenal sebagai Imam ahlu al-Sunnah wal Jamaah).

Dan kami menyalahi (tidak bersetuju) perkataan yang menyalahi perkataan beliau. Kerana beliau adalah Imam yang utama, pemimpin yang sempurna yang Allah menerangkannya dengan kebenaran dan mengangkat kesesatan, menegaskan manhaj dan membanteras bid’ah dan membanteras penyimpangan yang dilakukan orang-orang sesat serta keraguan yang disebarkan oleh mereka yang ragu-ragu”.

Daripada kata-kata beliau kita mengetahui bahawasanya beliau pada Aqidahnya ialah Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah sepertimana Imam yang diikutinya iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Apakah Aqidah Imam Ahmad terhadap persoalan di mana Allah.
وقال الإمام أحمد بن حنبل رحمه الله في كتاب الرد على الجهمية مما جمعه ورواه عبد الله ابنه عنه. (باب بيان ما أنكرت الجهمية أن يكون الله على العرش). قلت لهم: أنكرتم أن يكون الله على العرش، وقد قال: ]الرحمن على العرش استوى[ (طه:5)؟ فقالوا: هو تحت الأرض السابعة، كما هو على العرش وفي السموات وفي الأرض. فقلنا: قد عرف المسلمون أماكن كثيرة ليس فيها من عظمة الرب شيء، أجسامكم، وأجوافكم، والحشوش، والأماكن القذرة، ليس فيها من عظمته شيء، وقد أخبرنا عزوجل أنه في السماء، فقال تعالى: ] أأمنتم من في السماء أن يخسف بكم الأرض فإذا هي تمور (16) أم أمنتم من في السماء أن يرسل عليكم حاسبا[ الملك:16-17. ] إليه يصعد الكلم الطيب والعمل الصالح يرفعه[ فاطر: 10. ]إني مُتَوَفِّيْكَ وَرَافِعُكَ إلَيَّ[ آل عمران:55. ]بل رَّفَعَهُ اللهُ إلَيْهِ[ النساء:158. ]يخافون ربهم من فوقهم[ النحل:50. فقد أخبر سبحانه أنه في السماء.
Maksudnya:
Imam Ahmad bin Hanbal berkata di dalam kitab yang mengkritik kelompok Jahmiyyah (menafikan sifat bagi Allah) yang dihimpun dan diriwayatkan oleh anaknya Abdullah darinya: (Bab pada menerangkan pengingkaran kelompok Jahmiyyah terhadap sifat Istiwa‘ Allah di atas Arasy-Nya.) Aku (Imam Ahmad) berkata kepada mereka (jahmiyyah): ”Kamu telah mengingkari bahawasanya Allah itu beristiwa‘ di atas Arasy-Nya?” Sedangkan Allah berfirman yang bermaksud “Al-Rahman beristiwa‘ di atas Arasy” surah Thoha:5. Lalu mereka berkata (Jahmiyyah): “Dia yakni Allah di bawah 7 lapisan bumi, sepertimana Dia di atas Arasy juga berada di langit dan di bumi”.

Imam Ahmad berkata: orang-orang Islam mengetahui di sana terdapat banyak tempat-tempat yang tidak sedikitpun melambangkan keagungan Allah, seperti di dalam jasad-jasad kamu, tempat-tempat kotor dan sebagainya. Allah s.w.t. telah menyatakan tentang dirinya kepada kita iaitu di langit, Allah berfirman seperti yang dinyatakan di atas surah al-Mulk: 16-17, surah al-Fathir:10, surah Ali Imran: 5, surah al-Nisa‘ :158, dan surah al-Nahl:50, semuanya menyatakan Maha Suci Allah berada di atas langit-Nya.

Maka begitulah Aqidah Imam Abu al-Hassan seperti yang dinyatakan di dalam kitab-kitabnya bahawasanya Allah itu di atas langit-Nya beristiwa’ di atas Arasy.

Beliau berkata di dalam Kitabnya (الإبانة عن أصول الديانة) al-Ibanah an Usuli al-Diyanah halaman 15-16:
“Dan sesungguhnya Allah beristiwa’ di atas Arasy-Nya sepertimana yang difirmankan oleh Allah surah Thoha ayat 5 yang bermaksud: Al-Rahman beristiwa’ di atas Arasy”

Beliau tidak mentakwilkannya (mengubah kepada makna lain) kepada Istaula atau Qahara yang membawa maksud berkuasa seperti mana golongan Asya’irah mengubahnya. Mereka menyatakan Allah di mana-mana dan sebahagiannya memperjuangkan Allah wujud tidak bertempat yang kedua-duanya adalah Aqidah Muktazilah, yang beliau telah bertaubat daripadanya.

Beliau juga menjelaskan aqidah ahli sunnah wal jammah yang telah diijmakkan oleh para ulamak di dalam kitabnya (رسالة إلى أهل الثغر) “Risalatun Ila Ahli al-Thaghar” halaman 232:
الإجماع التاسع : وأنه تعالى فوق سمواته على عرشه دون أرضه، وقد دل على ذلك بقوله: ] أأمنتم من في السماء أن يخسف بكم الأرض[ وقال ] إليه يصعد الكلم الطيب والعمل الصالح يرفعه[ وقال ] الرحمن على العرش استوى[ وليس استواءه على العرش استيلاء كما قال أهل القدر.


Maksudnya: Ijmak yang ke sembilan: “Sesungguhnya Allah Ta’ala di atas langit-langit-Nya di atas Arasy-Nya bukan di bumi, dalil menunjukkan yang demikian itu firman Allah surah al Mulk ayat 16 yang bermaksud: Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang dilangit bahawa dia akan melenyapkan bumi bersama kamu sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang? Dan firman Allah surah Fathir ayat 10 bermaksud “Kepadanyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh dinaikkan-Nya. Dan firman Allah surah Thoha ayat 5 yang bermaksud: Al-Rahman beristiwa’ di atas Arasy”. Dan bukanlah yang dimaksudkan dengan Istiwa’ itu Istila’ (berkuasa) seperti yang dikatakan ahli Qadar.(Qadariyyah)

Kenyataan Imam Abu al-Hassan al-Asy’ari bahawasanya Aqidah Allah berada di mana-mana atau Allah wujud tanpa bertempat ialah Aqidah Muktazilah .

Ini seperti yang disebut olehnya sendiri di dalam kitabnya (مقالات الإسلاميين والختلاف المصلين) “Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musollin” jilid 1. halaman 236:
اختلف المعتزلة في ذلك، فقال قائلون: البارئ بكل مكان، بمعنى أنه مدبر لكل مكان...والقائلون بهذا القول جمهور المعتزلة أبو هزيل والجعفراني والإسكافي ومحمد بن عبد الوهاب الجبائي. وقال قائلون: البارئ لا في مكان، بل هو على ما لم يزل. وهو قول هشام الفوطي وعباد بن سليمان وأبي زفر وغيرهم من المعتزلة. وقالت المعتزلة في قول الله عزوجل (طه: 5) ]الرحمن على العرش استوى[ يعني استولى.
Maksudnya:
Muktazilah telah bercanggah pendapat dalam masalah ini. Berkata sebahagiannya Allah berada di mana-mana bermaksud mentadbir di setiap tempat. Pendapat ini dipegang oleh Jumhur Muktazilah, Abu Huzail, al-Ja’farani, al-Iskafi dan Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubbaie.

Sebahagian pula berkata Allah tidak bertempat. Pendapat ini ialah pendapat Hisyam al-Fuwathi, Abbad bin Sulaiman, Abi Zufar dan yang lainnya di kalangan muktazilah. Muktazilah berpendapat perkataan Istiwa’ di dalam Firman Allah surah Thoha ayat 5 yang bermaksud Al-Rahman beristiwa’ di atas Arasy ialah bermaksud Istaula iaitu berkuasa.

Begitulah secara ringkas tentang Aqidah Imam Abu Hassan al-Asy’ari yang dapat dinyatakan di sini, semoga apa yang dinyatakan di sini dapat membuka minda kita untuk mempelajari dan mendalami aqidah yang sahih yang berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w.

Sunni Salafi said...

Mohon saya menjawab pertanyaan Ibnu Mohammad berkaitan hadis yang disebutkan oleh penyoal tentang “aina Allah”.

Hadis tersebut dikategorikan sebagai hadis mudhtarib (diriwayatkan dengan lafaz matan yang berbeza-beza dan saling bertentangan sehingga dihukum sebagai hadis yang dha’if). Adapun sebahagian ulama yang menganggapnya sohih, menurut mereka bukan bererti hadis ini membawa maksud bahawa Allah mendiami langit. Imam an-Nawawi menjelaskan hadis ini dengan mengatakan bahawa: “ ‘di mana Allah’ (أين الله) adalah pertanyaan tentang darjat dan kedudukan-Nya, bukan mengenai tampat-Nya”. ‘Aina Allah’ bererti apakah iktikad kamu tentang keagungan Allah?. Jawapannya: “Fi as-Sama” (في السماء) bermaksud bahawa: Allah darjat dan kedudukan-Nya adalah sangat tinggi. Tidak boleh beriktikad bahawa Rasulullah j bertanya kepada hamba perempuan tersebut tentang tempat (di mana) Allah? dan juga tidak boleh beriktikad bahawa hamba perempuan itu bermaksud Allah mendiami langit. Imam Ali ibn Abi Thalib  berkata:

لاَ يُقَالُ أَيْنَ لِمَنْ أَيَّنَ الأَيْنَ
Maksudnya: “Tidak boleh berkata ‘di mana’ bagi Allah yang menciptakan di mana (tempat) …” [Disebutkan dalam kitab ar-Risalah al-Qusyairiyyah karya Abu al-Qasim al-Qusyairi]

Imam Abu Hanifah dalam kitabnya al-Fiqh al-Absath berkata:

كَانَ قَبْلَ الْمَكَانَ، كَانَ وَلَمْ يَكُنْ أَيْنَ وَلاَ خَلْقٌ، وَهُوَ خَالِقُ كَلَّ شَيْءٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu wujud sebelum adanya tempat, sebelum adanya persoalan ‘di mana’ dan sebelum adanya makhluk, dan Dialah Pencipta bagi setiap sesuatu”.

Allah Ta’ala berfirman:

ليس كمثله شئ

Maksudnya: “Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya”. [Surah asy-Syura: 11]

Dalam sebuah hadis Rasulullah j bersabda:

كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيئٌ غَيْرُهُ
Maksudnya: “Allah itu wujud dan tidak ada sesuatu pun selain-Nya”. [H.R. al-Bukhari]

Ini pula jawapan berkaitan dengan hadis riwayat Imam Malik:

: Imam Malik  telah berkata:

اسْتَوَى كَمَا وَصَفَ نَفْسَهُ، وَلاَ يُقاَلُ عَنْهُ كَيْفَ، وَكَيْفَ عَنْهُ مَرْفُوْعٌ
Maksudnya: “Istawa sebagaimana Dia telah sifatkan diri-Nya, dan tidak boleh ditanya bagaimana, dan Allah terhindar dari disoal bagaimana bagi-Nya”.

Bagaimana (الكيف) adalah soalan bagi sifat makhluk. Di antara sifat makhluk adalah duduk, bersemayam, bertempat dan berarah. Imam al-Qusyairi berkata: “Istawa bererti memelihara, menguasai dan mengekalkan”.

Tidak boleh beriktikad bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas Arasy, kerana iktikad seperti ini adalah kepercayaan orang-orang yahudi yang mendustakan firman Allah Ta’ala:
فلا تضربوا لله الأمثال
Maksudnya: “Maka janganlah kamu mengadakan sesuatu perumpamaan bagi Allah”. [Surah an-Nahl: 74]

Allah Ta’ala berfirman:
وبرزوا لله الواحد القهار
Maksudnya: “Dan manusia keluar berkumpul untuk dihisab oleh Allah yang Maha Esa lagi Maha berkuasa”. [Surah Ibrahim: 48]

Imam Ali ibn Abi Thalib  berkata:
إِنَّ اللهَ خَلَقَ الْعَرْشَ إِظْهَارًا لِقُدْرَتِهِ، وَلَمْ يَتَّخِذْهُ مَكَانًا لِذَاتِهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menciptakan Arasy itu untuk menzahirkan kekuasaan-Nya, bukan untuk dijadikan tempat bagi zat-Nya”. [Riwayat Abu Mansur al-Baghdadi]

والله أعلم.

Sunni Salafi said...
This comment has been removed by the author.
Sunni Salafi said...

Menjawab Tuduhan Abu Syuaib yang di postkan oleh Suparjo:

الإبانة عن أصول الديانة

Ketahuilah bahawa kitab "al-Ibanah ‘An Usulid Diyaanah" BUKAN kesemua tulisannya adalah dari Imam Abu Hasan al-Asyyaari.

Sememangnya kitab-kitab karangan Imam yang agong iaitu Imam Abu Hasan Al-Asy'ary ini menjadi carian dan keutamaan dalam menyebarkan dakwah. Ini kerana nama Imam tersebut sudah cukup mengambarkan kehebatan ilmu yang disampaikan seperti tersemai dalam lipatan sejarah.

Berdasarkan kajian yang teliti dan amanah didapati bahawa kebanyakan kitab karangan Imam Al-Asya'ry dipermainkan dan ditokok tambah beberapa isi kandungannya berdasarkan apa yang telah diterangkan dan dijelaskan dengan medalam iaitu oleh tuan punya kitab

‘TABYIINU KAZIBI MUFTARY FI MA NUSIBA ILA IMAM ABI HASAN AL-ASYAARY’

Oleh Ibnu 'Asakir [W571H] yang merupakan antara tokoh Al-Asya'irah yang terbilang.

WAHHABI BERDUSTA TERHADAP KITAB AL-IBANAH.

Rujuk sahaja buku-buku Wahhabi pasti akan diselitkan kenyataan dusta tanpa amanah terhadap Imam Al-Asy'ary sepertimana yang dilakukan oleh Abu Syuaib dalam komennya.

Sebenarnya banyak pendustaan yang jelas terhadap sebahagian isi kandungan kitab tersebut.

WAHHABI BERDUSTA MENDAKWA "ALLAH DUDUK ATAS ARASY" ADALAH AKIDAH IMAM AL-ASYA'RY.

Ini merupakan pendustaan terhadap Imam Abu Hasan Al-Asy'ary. Sebenarnya Imam Abu Hasan Al-Asy'ary tidak pernah mengatakan Allah duduk di Atas 'Arasy dan tidak pernah juga beliau menyatakan Allah bersemayam di atas 'Arasy.
Tidak wujud dalam mana-mana kitab beliau pun kenyataan kufur tersebut.

Tidak wujud juga perkataan kufur tersebut dalam kitab Al-Ibanah 'An usuli Ad-Diyanah karangan Imam Asy'ary. Tetapi Wahhabi berdusta lantas menyandarkan perkataan kufur tersebut kepada Imam Al-Asya'ry. Amat keji sungguh si penokok tambah yang mendakwa Imam Asy'ary kata begitu dalam Al-Ibanah. Bahkan apabila Imam Al-Asya'ry menyatakan tentang Istawa Allah beliau mensyarahkan dengan erti yang bukan bertempat dan berbentuk.

WAHHABI KATA : Imam Abu Hasan Al-Asya'ry pun kata Allah bertempat duduk / bersemayam di atas arasy dalam kitabnya Al-Ibanah.

Dalam kitab Al-Ibanah didapati tiada suatu cetakan pun yang mengatakan "Allah Bersemayam Atas Arasy" dan tidak wujud langsung perkataan "Allah Duduk Atas Arasy" sepertimana yang didakwa oleh Wahhabi.

Bahkan tertera pada cetakan kitab Al-Ibanah 'An Usuli Adiyanah oleh Imam Abu Hasan Al-Asya'ry yang diTahkik Oleh Dr. Fauqiyah Husain Mahmoud Prof Di Universiti "ain Syams Kaherah Mesir cetakan 2 Tahun 1987M didapati dalam kitab Al-Ibanah tersebut Imam Abu Hasan Al-Asya'ary berkata :

"Istiwa Allah bukan bersentuhan, bukan menetap, bukan mengambil tempat, bukan meliputi Arasy, bukan bertukar-tukar tempat, bukanlah Allah di angkat oleh Arasy bahkan arasy dan malaikat pemikul arasylah yang diangkat oleh Allah dengan kekuasaanNya, dan mereka dikuasai oleh Allah dengan keagunganNya ".

Allah Wujud Tanpa Bertempat adalah akidah ahlussunnah yang suci dan benar sepertimana yang di fatwakan oleh ulama Mesir dan al-AZHAR as-Syariff (Rujuk Fatwa no. 4307)

Anonymous said...

bagi org biasa yg tak tau sgt tentang agama mcm saya ni nak pakai pendapat mana ni. yg mana betul?

Post a Comment