Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Friday, March 6, 2009

WAHAI RASULULLAH! KAMI RINDU PADAMU


Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah

Sambutan Maulidur Rasul adalah satu amalan yang baik dan ia dinamakan “bid’ah hasanah” (ikutan yang baik), orang yang pertama melakukan sambutan Maulidur Rasul ini ialah seorang Raja iaitu Raja Irbil, beliau adalah seorang yang alim, bertakwa dan berilmu, beliau dikenali dengan nama ‘Muzaffar’, nama sebenar beliau ialah Abu Said Kaukabary bin Zainuddin Ali. Sambutan yang dilakukannya ialah pada kurun yang ke tujuh hijrah.

Alim ulama yang ada pada ketika itu termasuklah daripada ahli hadis dan ahli sufi telah memuji dan menggalakkan sambutan ini dilakukan pada setiap tahun, seorang ulama yang terkenal dan masyhur pada ketika itu Ibn Dahiyah telah memasuki negara Maghrib kemudian memasuki negara Syam dan bertemu dengan Raja Irbil pada tahun 604 hijrah dan beliau telah memberi perhatian kepada sambutan Maulidur Rasul lalu menulis sebuah kitab yang dinamakan “At-tanwir fi maulidil bashirul nazir” yang mengandungi cerita tentang kelahiran nabi Muhammad Alaihissalam. Kemudian seorang ulama lagi iaitu al-Hafiz al-Iraqi telah menulis sebuah lagi kitab menceritakan tentang kelahiran nabi Muhammad yang bertajuk “ Mauridul hani fi maulidin nabi”.

Ulama-ulama, fuqahak, ulama hadis dan ahli sufi seperti Syeikhul Islam Ibnu Hajar al-Asqolani, Imam al-Hafiz as-Saqawi dan al-Hafiz as-Sayuti sehinggalah ulama masa kini seperti Muhaddis Negara Syam Syeikh Abdullah Harari, Pakar hadis Negara Jordan Syeikh Hassan Saqqaf, ulama Azhar seperti Syeikh Muhammad Baqid al-Mutiie, Mufti negara Lubnan yang lepas Syeikh Mustafa Najar dan banyak lagi telah menggalakkan umat Islam menyambut Maulidur Rasul.

Memperingati Kelahiran Nabi Yang Mulia

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Abdul Manaf daripada keturunan Quraisy hamba Allah dan Rasul-Nya telah dilahirkan pada hari ke 12 (ada perbezaan pendapat pada tarikh ini, ada yang berpendapat pada hari ke 9 dan yang selalu disambut adalah pada hari ke 12) bulan Rabiul Awal tahun gajah, tahun yang merupakan Allah meranapkan cita-cita Abrahah untuk meruntuhkan Kaabah. Manakala hari baginda di lahirkan ialah pada hari isnin disepakati oleh para ulama dan tidak ada khilaf.

Tempat kelahiran baginda Alihissalam yang sahih ialah di Mekah dan ramai dikalangan ulama mengatakan tempat kelahiran baginda itu di satu tempat yang di kenali sebagai ‘sukhul lail’. Diriwayatkan bahawa ketika Aminah sedang mengandungkan nabi, dia telah menganggkat tangannya ke langit (kerana langit merupakan kiblat doa dan tempat turunnya rahmah Allah) dan berdoa. Semasa kelahirannya telah keluar bersama baginda cahaya yang menerangi istana-istana Syam.

Pada malam kelahiran baginda juga telah bergegar tiang seri Qaisar dan telah jatuh daripadanya 14 tiang, telah padamnya api di negara parsi yang mana api tersebut tidak pernah padam sejak 1000 tahun yang lalu dan air di tasik saawah telah kering. Iblis-iblis pada hari tersebut telah ditutup pintu untuk mendengar berita daripada langit. Begitulah kebesaran hari kelahiran baginda Alaihisslam.

Keturunannya

Telah diriwayat daripada Imam At-Tirmizi bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud : “sesungguhnya Allah telah menjadikan daripada Nabi Ibrahim anaknya Nabi Ismail dan telah menjadikan daripada anak Nabi Ismail bani kinanah dan Allah menjadikan dari bani Kinanah orang Quraish dan dari Quraish itu Allah jadikan bani Hashim dan daripada bani Hashim itu dijadikan aku”.

Bapanya Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim telah meninggal ketika baginda masih berada dalam kandungan ibunya 6 bulan, bondanya Aminah binti Wahab, nabi telah disusukan oleh Halimah Saadiah, dan orang yang menjaganya ialah Ummu Aiman al-Habasyi, ketika umurnya mencapai 5 tahun baginda telah diserahkan semula kepada ibunya.

Pada umur baginda menjangkau 6 tahun Ibunya Aminah telah meninggal dan baginda telah dijaga oleh datuknya Abdul Muttalib, selepas datuknya meninggal ketika usianya 8 tahun, baginda telah di jaga oleh bapa saudaranya Abu Thalib. Ketika mencapai umur 12 tahun baginda telah keluar bersama dengan bapa saudaranya Abu Thalib berdagang ke negara Syam dan sering berulang alik dari sana.

Kemudian baginda berkahwin dengan Saidatina Khadijah ketika usianya 25 tahun dan pada usianya mencecah 40 tahun baginda telah diangkat menjadi Rasul yang terakhir bagi sekelian makhluk. Allah berfirman yang maksudnya : “Adapun manusia itu asalnya umat yang satu, lalu Allah mengutuskan para nabi yang membawa khabar gembira dan juga pemberi amaran”. [al-Baqarah: 213]

Nabi Muhammad berjihad menyampaikan dakwah Islam selama lebih kurang tiga belas tahun di Mekah dan sepuluh tahun di Madinah iaitu berjihad dengan lidah di Mekah dan dengan kekuatan senjata ketika di Madinah.

Kesilapan yang Perlu di Perbetulkan

Antara fahaman yang sering disebarkan oleh segelintir penceramah semasa Maulidur Rasul ialah mempercayai bahawa makhluk pertama dicipta oleh Allah ialah Nur (cahaya) Nabi Muhammad, fahaman ini diambil daripada hadis palsu yang sering disebut pada sambutan Maulidur Rasul iaitu hadis yang dinasabkan riwayatnya dari Jabir. Antara ulama yang mengatakan hadis ini adalah palsu ialah Muhaddis dari Maghribi iaitu Syeikh Abdullah al-Qhumari dalam kitabnya 'Mursyidul Haair LiBayan Waz'u Hadis Jabir' dalam kitab yang dituliskan khas mengenai hadis Jabir tersebut dia menjelaskan bahawa hadis tersebut adalah palsu dan ianya bukan sahih, Muhaddis Negara Syam Syeikh Abdullah al-Harari turut menjelaskan kebatilan hadis tersebut dalam risalahnya diberi judul ‘Risalah Fi Butlan Da’wa Awwaliyyah an-Nur al-Muhammadi’.

Maka disini sukalah saya menjelaskan bahawa makhluk pertama yang dicipta oleh Allah ialah ‘AIR’ bukannya ‘nur’ Nabi Muhammad seperti yang tersebar dikalangan orang awam. Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 30:

"وجعلنا من الماء كل شيء حىّ"

Maksudnya: “dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup”.

Hujah dari hadis pula ialah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan juga Imam Baihaqi bahawa nabi bersabda:

"كان الله ولم يكن شيء غيره، وكان عرشه على الماء"

Maksudnya: “kewujudan Allah adalah azali, tidak ada bersamanya sesuatu, dan Arash itu di atas air”.

Imam Ibnu Hajar turut menjelaskan maksud hadis tersebut dalam kitabnya ‘Fathul Baari Syarah Sohih Bukhari’ dia berkata: ‘sesungguhnya air dan Arash adalah permulaan makhluk dicipta sebelum Allah menciptakan langit dan bumi, dan tidak ada di bawah Arash itu melainkan air’.


والله تعالى أعلم وأحكم

11 comments:

Anonymous said...

berhubung nur muhammad ini terdapat perbedaan pendapat di kalangan ahli sunnah wal jama`ah. ramai ulama ahli sunnah seperti Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Habib Abdullah al-Haddad menerima awwaliyyah nur muhammad ini. berlapang dadalah dalam perkara khilaf, jangan jadi macam wahabi yang tidak reti menghargai perbedaan pendapat.

Anonymous said...

http://bahrusshofa.blogspot.com/2008/01/nur-muhammad-fatwa-negeri-sarawak.html

Anonymous said...

Wahabi?siapa wahabi?enta kenal siapa wahabi dan sejarah sebenarnya?Jangan tahu cakap je tanpa mengetahui sejarah sebenar...

kami said...

salam..

Nabi nk seluruh umat mngamalkan kehidupanya..
rmai y brdusta.
ckp cintakan Nabi tp khidupan Nabi d tolak
sunat n sunnah bnde y brbeza..
so.. jgn anggap sunnah i2 sunat
sedih Nabi tgk keadaan KITA arini ini..
Sunnah d anak tirikan..

wassalam..

kami said...

perlukah ada bidaah di dlm agama sdangkan ALLAH ta'ala telah smpurnakn agama...

cuba fikirkan...

org y faham agama sprti para sahabat r.hum tdk mahu agama d tmbh or dkrngkan..

Anonymous said...

WALAU APA PUN ALASAN ORANG YANG MEMBOLEHKAN SAMBUTAN MAULIDURRASUL , TETAP TIDAK RELEVAN PADA AGAMA ISLAM , KERNA PARA SAHABAT DAN NABI SENDIRI TAK PERNAH MENYAMBUT ATAU MERAYAKAN HARI LAHIR , KERANA ITU ADALAH BUDAYA YAHUDI DAN NASRANI.

Anonymous said...

Dalam agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w.tidak pernah mengatakan bahawa menyambut Maulidurrasul ( Hari Lahir ) adalah bid'ah hasanah dan tidak ada dalam mana-mana hadisth dari Baginda mengatakan bahawa ujudnya bid'ah yang namanya hasanah , tetapi kalau bid'ah sesat ( bid'ah dhalalah ) memang ada disebut dalam hadisth Baginda s.a.w.

Ada yang mengatakan alImam al Syafiee r.a. ada menyebut tentang bid'ah hasanah , adalah berbohong atas nama Imam Syafiee.Tidak mungkin Imam Syafiee menyuruh atau mensunnahkan sesuatu yang tidak diperintah oleh Allah dan Rasul.

Ini adalah dakwaan batil daripada orang-orang yang cuba menghalalkan segala cara dan kata untuk membolehkan mereka melakukan bid'ah dalam agama yang jelas-jelas membawa kepada kesesatan.

Agama Syiah misalnya adalah agama yang suka menyambut perayaan yang tidak pernah dicontohi oleh Nabi Muhammad s.a.w. seperti menyambut asyura dengan memukul-mukul diri mereka kononnya simpati dengan Husin cucu rasulullah s.a.w.kalau ndilihat bdalam sejarah agama syiah adaalah agama baru yang dipelopori oleh Abdullah bin Saba' (seorang Yahudi ) yang pura-pura menganut Islam.Makanya agama syiah dulu dikenali dengan agama saba'iyyah.

Anonymous said...

Terdapat dua golongan yang berinteraksi dengan Ahbash: 1) Golongan yang menanam rasa dendam terhadap kumpulan Wahabi. Lalu mereka menggunakan hujjah-hujjah Ahbash, mereka tidak sedar akan kemerbahayaan Ahbash kepada Ummah dan Negara. 2) Golongan yang sememangnya menganut fahaman Ahbash. Mereka suka mengkafirkan sesiapa yang tidak sehaluan. Militin dan Ekstrim menjadi SYIAR mereka. Golongan ini amat bahaya kepada Umat Islam dan Negara Malaysia. Membenterasnya menjadi kewajipan bersama.

Anonymous said...

Para sahabat Nabi seperti Abu Bakr , Umar , Othman , Ali dan ribuan lagi sahabat beliau , tidak ada riwayat dari mereka , bahawa mereka pernah menyambut ulang tahun kelahiran Nabi s.a.w.sedangkan mereka adalah orang yang paling menyayangi Rasulullah s.a.w.dan paling peka dalam mencontohi Nabi s.a.w dan paling taat perintah Allah s.w.t.berbanding kita sekarang yang hanya pandai mereka-reka upacara-upacara dan ibadat baru dalam agama (bid'ah)tetapi paling jauh dari mencontohi Nabi dan Para sahabat.
Nabi pernah bersabda , kurun yang terbaik adalah kurun dimana Rasulullah masih hidup kemudian selepasnya dan selelpasnya , ertinya tiga kurun adalah kurun yang terbaik,dimana perkara-perkara bid'ah hampir-hampir tidak wujud termasuk menyambut maulidurrasul tidak pernah di sambut oleh mereka yang hidup dikurun terbaik ini.

Wahai saudaraku kembali lah kepada agama Islam yang pernah dianuti oleh Nabi dan para sahabat dalam tiga kurun tersebut, jangan lah kerana terlalu ghairah ibadat ,membuat kita mereka-reka upacara ibadat yang tak pernah dicontohi oleh Nabi dan para sahabat yang hidup dikurun terbaik tersebut.


sekian

Kalau

Anonymous said...

Kalau di teliti dengan dada yang terbuka dan hati yang tenang , jauh dari ketaksuban dan kefanatikan terhadap kelompok dan ideologi sendiri.
Kemudian buka alQuranul karim dan sunnah nabawiyyah yang sahihah disamping menelti sejarah Nabi dan para sahabat,para tabieen dan pengikut tabieen( ulama salaf).
ada tak riwayat yg akurat bahawa mereka itu pernah berbuat perkara yg sering kita lihat dan dengar sekarang , sampai membuat umat islam berpecah belah ,contohnya , amalan tariqat,sufi , kenduri arwah , maulid ,zikir secara jamaie ,mandi safar , membuang peraja ,bila malam jumaat membaca yasin ,nisfu sya'ban yasin 3 kali, doa awal dan akhir tahun , tepung tawar ,bersanding,sambut valentine day dan banyak lagi ,apakah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat , tabi' tabieen dan atba' tabieen
( salaf) pernah melakukan itu semuua ????.darimana asal usul perkara-perkara tersebut tadi di impot.apakah kerana orang melayu dulu beragama hindu maka segala upacara agama hindu di serapkan dalam agama Islam ?? spt tepung tawar , mandi safar dll. Apakah kerana umat islam sudah terlalu kebaratan sehingga menyambut hari jadi atau hari lahir , seperti orang kristian menyambut setiap tahun hari lahir jesus kristus , maka lalu umat islam mereka-reka sesuatu terus menyambut hari lahir Nabi yang digelar maulid ?? lalu membuat perarakan membawa sepanduk , mirip apa yang dilakukan oleh perayaan thaipusam berarak beramai-ramai membawa sesuatu yang mereka anggap suci ?? apakah agama Islam benar-benar sudah tidak ada identiti sendiri sampai meniru apa saja yang dilakukan oleh non muslim!!.

Fikirkanlah !!!

Fenomina terbaru , masing-masing mendakwa diri dan kelompok mereka lah yang benar dan betul ,tuduh menuduh gelar menggelar awak wahabi ,awak syiah ,awak ahlusunnah waljamaah ,awak asyairiyyah , awak pengikut ibn taymiah ,ada kata allah duduk atas arsy ada kata allah berada dimana-mana tidak bertempat.awak jemaah tabligh awak arqam , awak liberal ,awak salafi ,malangnya yang saling menuduh ini dikalangan orang yang mengaku diri masing-masing tahu agama dan ulama dan mufti!!.
Benarkah mereka ini ulama? , layakkah mereka ini jadi mufti??? apakah benar mereka ini sultan awliya'!benarkah mereka ini kononnya wali!! apakah betul mereka ini syiekh tariqat , ada naqsyabandiah ada syazaliah ,ada ahmadiah, masing-masing mendakwa diri yang paling benar .sedangkan kebenaran itu hanya satu bukan dua bukan tiga dan bukan seterusnya.

jumpa lgi.wassalam.

Anonymous said...

assalamualaikum , saya nak jawab pertanyaan sdr tentang siapa wahabi ?
saya dulu pun tertanya-tanya siapa itu wahabi yang disebut oleh orang ramai,saya bertanya dengan seorang ustaz tempatan (sarawak) kemudian dengan ustaz dari semenanjung , tetapi jawapan mereka tidak dapat memuaskan saya .Saya pun mula mencari kalau-kalau ada buku ditulis oleh orang Malaysia tentang wahabi ini,saya membeli sebuah buku "TOKOH-TOKOH MUJADDID ISLAM" hasil daripada seminar yang diadakan di KL anjuran Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (BPPI)dan Persatuan Ulama Pulau Pinang & Seberang Prai pada 10hb Julai 1994.Dalam hasil seminar tersebut menganggap Sheikh Muhammad Abd Wahab (Yang digelar Wahabi)adalah seorang muajddid (reformer).Setelah meneliti dan mengamat-amati hasil seminar tersebut , barulah saya faham siapa kah yang digelar wahabi tersebut ,ternyata perkataan "Wahabi" ini adalah digelar oleh penjajah barat yang sakit hati melihat kegigihan Sheikh Muhammad Abd Wahab membenteras khurafat-khurafat dan syirik serta bid'ah-bid'ah yang dilakukan masyarakat arab pada zaman beliau.Bermakna bahawa kata "Wahabi" adalah kalimah yang digelar oleh musuh Islam dikalangan penjajah untuk memecah belahkan umat Islam ,memang kalimah wahabi ini pernah di gunakan dizaman sayyidina Ali K.Wajhah atas ajaran yang dibawa oleh Abdullah bin Wahab al Rasibi yang telah dibunuh oleh Sayyidina Ali k.wjhah di al Nahrawan dari kelompok Khawarij Ibadhiah.Begitu juga seorang yang bernama Abdul Wahab Rustam pengasas Daulah al Rustamiah di Utara Afrika tahun 211 Hijriah , pengikut beliau menggelar diri mereka "Wahabi" ambil sempena nama pengasasnya Abdul Wahab Rustam , kelompok ini amat membenci ahlussunnah waljamaah dan syiah.Akhirnya gelaran "Wahabi" ini dipopularkan oleh penjajah barat untuk memburuk-burukkan dakwah Sheikh Muhammad bin AbdulWahab , kebetulan nama bapa beliau adalah AbdulWahab.

Para pelajar-pelajar Melayu Nusantara yang belajar di Makkah ketika itu , adalah secara tidak langsung mempopularkan kalimah "Wahabi" ini,apabila mereka balik ke Negara mereka kerana tidak setuju dengan dakwah Sheikh Muhammad Bin AbdulWahab membasmi segala khurafat dan bid'ah yang masih menebal dikalangan bangsa melayu hasil daripada pengaruh agama Hindu, kerana orang melayu sebelum kedatagan Islam kebanyakan mereka adalah Hindu.

wallahua'lam.


Fauzi


rujukan:
1.TOKOH - TOKOH MUJADDID ISLAM .
2.TASHIH KHATA' TARIKHI HAULAL WAHHABIYYAH.

Post a Comment