Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Monday, July 12, 2010

Secupak Beras

Berapa Kadar Secupak Beras?

Ramadhan hampir tiba, bagi yang masih ada hutang puasa tentu akan merancang membayar balik hutang tahun lepas, tidak kurang juga hutang yang tertunggak 2 atau tiga tahun lepas belum langsai lagi, bagi kes yang tertunggak dua tahun dan ke atas perlulah membayar denda 'pidyah' setahun untuk secupak beras.

Di Malaysia ada banyak pendapat tentang kadar 1 cupak antaranya ialah 556 gram, ada juga pendapat 675 gram dan ada juga pendapat 900 gram.

Jika kita merujuk kepada perkiraan dalam kitab fekah :
1 Sha’ = 4 Mud,
1 Mud = 412.5 gram. (anggaran di negara syam)
4 Mud = 1 Sha’
1 Sha’ = 1650 gram.

Untuk kesahihan perlulah merujuk kepada pusat zakat di negeri masing-masing.

Kadar ‘mud’ adalah dua tapak tangan yang sederhana. (tidak telalu besar dan tidak terlalu kecil). Ukuran dibuat dengan menggunakan tapak tangan orang arab bangsa Quraish.

1 Mud kita istilahkan dalam bahasa melayu sebagai 1 cupak
1 Sha’ pula kita istilahkan sebagai 1 Gantang

Mengapa tejadi sebegini perbezaan? Ini mungkin disebabkan ukuran di Syam adalah berbeza dengan ukuran di Baghdad.

Golongan mana yang dikenakan fidyah?


Golongan yang di wajibkan ganti ‘qoda’ bersama dengan membayar pidyah seperti perempuan yang mengandung atau menyusu sekiranya takut memberi kesan mudharat kepada anaknya maka dia boleh berbuka akan tetapi wajib kepadanya ganti ‘qoda’ dan membayar pidyah, kadar pidyah ialah sebanyak secupak untuk sehari.

= Begitu juga seorang yang tinggal puasanya dan tidak ‘qoda’ sehinggalah masuk ke Ramadhan seterusnya maka mereka ini di wajibkan membayar pidyah sebagai denda kerana melewatkan ‘qoda’ sehingga masuk ke Ramadhan seterusnya.

= Orang tua yang sudah uzur yang mana dia tidak lagi mampu untuk berpuasa sehingga sekiranya dia berpuasa akan menjadi kepayahan yang teruk kepadanya. Mereka ini boleh berbuka dan membayar setiap hari satu cupak sebagai ganti kepada puasanya.

= Orang yang sakit yang mana sakitnya itu tidak ada harapan lagi untuk sembuh seperti penyakit kencing manis, mereka ini tidak di wajibkan kepada mereka ‘qoda’ sebaliknya hanya membayar pidyah setiap hari dengan kadar cupak.

Kepada siapa bayaran fidyah ini dikeluarkan? Mereka yang layak menerimanya adalah fakir miskin.

Perkiraan bayaran fidyah:


Ramadan 1 1 = 1 cupak
Ramadan 2 2 1 = 3 cupak
Ramadan 3 3 2 1 = 6 cupak
Ramadan 4 4 3 2 1 = 10 cupak
Ramadan 5 5 4 3 2 1 = 15 cupak
Ramadan 6 6 5 4 3 2 1 = 21 cupak
Ramadan 7 7 6 5 4 3 2 1 = 28 cupak
Ramadan 8 8 7 6 5 4 3 2 1 = 36 cupak
Ramadan 9 9 8 7 6 5 4 3 2 1 = 45 cupak
Ramadan 10 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 = 55 cupak

1 comments:

Unknown said...

saya tak paham yg ni.
Ramadan 1 1 = 1 cupak Ramadan 2 2 1 = 3 cupak Ramadan 3 3 2 1 = 6 cupak Ramadan 4 4 3 2 1 = 10 cupak Ramadan 5 5 4 3 2 1 = 15 cupak Ramadan 6 6 5 4 3 2 1 = 21 cupak Ramadan 7 7 6 5 4 3 2 1 = 28 cupak Ramadan 8 8 7 6 5 4 3 2 1 = 36 cupak Ramadan 9 9 8 7 6 5 4 3 2 1 = 45 cupak Ramadan 10 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 = 55 cupak Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Post a Comment